I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Wednesday, 27 April 2011

Adab Memberi Nasihat

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a bahawa Nabi saw telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda s.a.w bersabda: “Untuk Allah,untuk kitabNya,untuk RasulNya,untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”  [Hadis riwayat al-lmam Muslim.]

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 y...ang telah disusun oleh Imam Nawawi ini,jelas telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w tentang perihal pentingnya nasihat menasihati didalam perkara kebaikan.Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.   


Pengertian nasihat:

Agama Islam adalah agama Allah s.w.t ,dan agama menurut Rasulullah s.a.w adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya.Dalam Bahasa Arab,nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi.Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat :

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti.Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata kerana Allah S.W.T .Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan.Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar,tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain.Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua,maka itulah nasihat yang sebenarnya.Barangsiapa yang menasihati saudaranya didepan banyak orang,maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.”  Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi.Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini.Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati.Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah.Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita.Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati,kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah,nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara.Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka,kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk / kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah,jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak,ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah.Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah.Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran. 

Ayuh semua sahabatku,kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain,adakah kita sudah melaksanakan amanah ini?Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati..

Wednesday, 30 March 2011

12 Sifat Sahabat~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
    (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah..

Sunday, 27 March 2011

..Manusia Sering Diumpamakan Seperti Binatang..

1~ Seperti Lembu Dicucuk Hidung & Seperti Haruan Makan Anak (Si Ayah)

2~ Seperti Ayam Bertelur Sebiji, Riuh Sekampung & Kekadang Jadi Ibu Ayam (Si Ibu)

3~ Seperti Musang Berbulu Ayam (Si Abang)

4~ Kupu-Kupu Malam (Si Kakak)

5~ Kera Di Hutan Disusukan,.. Anak Dibuang, Mati Kelparan (Si Adik)



Oh...Keluargaku. . .
Sedar & Insaflah Sebelum Ajal Menimpa...

Sehina-Hina Manusia,
Apabila Dia Seperti Haiwan...
Semulia-mulia Manusia,
Apabila Dia Seperti Malaikat...

Wallahualam..

::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Saturday, 26 March 2011

PeNgajaran Buat Diriku~

Assalamuallaikum w.r.t..

tip..Top..Tip..top..Nasi Dah jadi bubur..itu lah kata-kata yang selalu ku ingat..tAPi, semua tu berlaku dengan pantas..tanpa kita duga..ape Yang berlaku pada diri ini Ujian dariNYA yang sedang menguji HAMBAnya yang kerdil ini..pada 18 March 2011..Berlaku lah "EXCIDENT" iaitu pengalaman yang pertama kali dalam hidup ku bersama anak-anak buah..YA ALLAH, hanya Tuhan jew yang mengetahui perasaan ku ketika itu...

Panggilan anak-anak buah "Cik Nur"! ...DuM...!! habis...kereta kita kne langgar dh...cmne ni??Macam xnak keluar dah dari kereta tu...Rasa xnak tgk, tiba-tiba ade seorang lelaki datang, "Kak..Cmne ni kak?"...ape lagi..gelabah la semua nye...saya dengan keadaan yang xpernah mengalami ni semua tergamam..xth nk kata ape, tp still lagi boleh bercakap ble abg kepada budak y drive tu salah kan saya 100%..Geram plk..Die langgar kte, tp kte lak dpsalahkan sorg2...sedangkan si adik dh mengaku..same-same salah kan...

Tp alhamdulillah, tiada sape-sape yang cedera..hanya lah terkejut..Mungkin ape yang telah berlaku ni ade hikmahnye yang mane kite semua xtahu..Begitu besar ujian yang terpaksa saya lalui, Xpernah mengalami masalah sebesar ini sehingga melibatkan orang luar..

YA ALLAH, permudahkan lah perjalanan hidupku ini..ENGKAU berikan lah aku ruang untuk menebus segala kesilapan ku dahulu...& aku amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan MU YA TUHAN....Amin Ya Robballamin..


..Subhanallah..Hanya Engkau Mengatur & Mengetahui Perjalanan Hidupku di Dunia Mahupun Akhirat..

Monday, 14 March 2011

Dosa Berkuku Panjang

Assalamuallaikum.. ;)

Malam-malam ni xboleh tidur lagi, so..saya ade la terbaca pasal dosa-dosa dalam satu artikel..Ape kata saya berkongsi bersama kawan-kawan untuk menambah kan lagi pengetahuan kita. Mungkin ade di luar sane xmengetahui nye lagi dan juga barangkali sudah ade yang mengetahuinye..Cerita Pasal DOSA BERKUKU PANJANG..

DiSini..Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda..

Janganlah simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.


Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah..




Note: Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
         Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
         berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri..Insyaallah.. ^^


::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Sunday, 13 March 2011

9 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

1.    Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.    Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3.    Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus  mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.    Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

5.    Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6.    Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.


7.    Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8.    Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.    Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona. 

Nota: ye ke? kaum adam sekalian... betul ke ni?





Thursday, 10 March 2011

Belajar Bahasa Arab : Bulan2 Masihi

Bismillahirrahmanirrahim..
Insya Allah, hari ini kita akan belajar nama2 bulan Masihi iaitu Januari, Februari dan seterusnya dalam bahasa Arab..sy pon baru je belajar..nama dia unik sikit..tapi menarik.. ^^

  ينا ير
Yanayir = Januari

فبراير 
Fibrayir = Februari

مارس
Maris = Mac

ابريل
Abril = April

مايو
Mayu = Mei

يونيو
Yuniyu = Jun

يوليو
Yuliyu = Julai

اغسطس
Ughustus = Ogos

سبتمبر
Sibtambar = September

اكتوبر 
Uktubar = Oktober

نوفمبر
Nufimbar = November
ديسمبر
Disambar = Disember


ha??macam mane?best kan belajar Bahasa Arab..menarik.. ^^
ok..sampai sini dulu..Insya Allah sambung lain kali untuk perkataan yg len pulak..selamat belajar.. wSLm..