I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Thursday 28 July 2011

Balik Kampung..

Wa!!!sementara tunggu si abang ku yang sorang ni..sempat je update blog ni..hehehe

Excited nye nak alek terengganu...xsabar nk jumpa pok n mok..nak tengok tantintun..tengok kambing...hehehe..rindu gila-gila... ;)

Blik kampung kali ni hope berjalan lancar..cik anjang xlame ag nk jd tunang org dh..wa..bertambah lagi ahli keluarga kami..alhamdulillah..mudah-mudahan jodoh cik anjang dengan pilihan nya berkekalan shingga ke jinjang pelamin..Insyaallah..

Ha..satu lagi..secare kebetulan..hari insin ni juga adalah hari pertama kita smua akan menjalani hari y wajib kita laksanakan sbg seorang islam..iaitu "Bulan Ramadhan Al- Mubarak"..Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai bulan yang penuh dengan keberkatan ini pada tahun ini..mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum nya..Amin..

Ok lah, nur nk siap2 dh ni..takut nanti abg wan nur dh smp lame plk tgu nt..al mklum la, org pmpuan kan..hik3..fhm2 jela cmne ble dh bersiap, mmg take time..hehehe..insyaallah nt nur update lagi blog CumieOmie yew..ahakz! tata titi tutu..Wslm w.r.t..

Monday 25 July 2011

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


         Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam sebelum untuk tidur. Setiap hari, saya akan membuka bolg ini untuk update ape yang saya rasa nak share dengan kamu semua..Biasanya, setiap hari ade kelas, saya akan ke kelas dengan berjalan kaki dari kondominium ini sehinggalah ke kolej. Laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan ramai wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Mungkin saya juga ade kesilapannya, sama-samalah kita membetulkan kesilapan itu sementara kesempatan untuk membaikinya masih ade..
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

> Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali...huhu..ape yang saya berkongsi ini adalah untuk pengetahuan sahaja, tidaklah untuk mengaibkan sesiapa..harap dimaafkan jika apa yang saya nyatakan ini ade yang tersilap..Apa yang baik datangnya dari NYA, apa yang kurang baik datangnya dari kesilapan diri sendiri..Selamat Malam.. ><
::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Saturday 23 July 2011

Kemussykilan AGAMA



::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Ciri Wanita Solehah..

Wanita yang didunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika wafat di akhirat akan menjadi bidadari.

Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul. Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, juga kehormatan dan kemuliaan akan terjaga pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah karena orang yang muda yang taat lebih dicintai Allah daripada orang tua yang taat. Dan, Insyaallah nanti oleh Allah akan diberi pendamping yang baik.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah S.W.T.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga



2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizik & kecantikannya serta rumah tangga..


Berfikir Sambil Belajar

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Thursday 21 July 2011

Berfikir Sejenak:


✿Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
✿Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
✿Belajarlah TAAT walau BERAT
✿Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
✿Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
✿Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
✿Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
✿Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
✿Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
✿Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

لا اِلَهَ اِلا اللَّه


^^v

Wednesday 20 July 2011

sAtu PeNgetahuan Luas Pemandangan

░R░e░n░u░n░g░a░n░░b░e░r░s░a░m░​a░:



Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100 dan... 
Jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi...

Jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".


Selamat beramal.

Wallahu a'lam bissowab.. (><)

Tuesday 19 July 2011

Ramadhan~

Assalamuallaikum w.r.t...

Kawan-kawan..tahu x, hanya tinggal beberapa hari je lagi kita nk menempuh bulan ramadhan al-mubarak..Dah sedia belum kawan-kawan??adui...tp ade lagi la yang belum habis ganti puasa..sempat ke tu..Insyaallah, mudah-mudahan semuanye berjalan dengan lancar yew..hurm, saya rase dah xsabar dah nak berpuasa di bulan ramadhan ni...feel die lain tau..xsme dgn perasaan masa kte puasa pada hari biase jew tu..cmne la keadaan puasa kt sni erk..hu..jauh dr family plk tu..time raya plk mcm mne ntah..hu..

ERmm..cmne la keadaan mok & pok ea kat umh Dungun..Rindunye..Hanya ALLAH sahaja yang tahu..terase nak balik jew, tapi jauh sgt~perlu jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar..Insyaallah, hujung bulan ni..nur balik ye mok & pok...tUnggu tau..uhukz!

Tip Tup Tip Tup....waktu sekarang dh menunjuk kn untuk tido yew...dah ngtukk.. ZZZzzz

jUMPA laGi..~~ ><

Sunday 17 July 2011

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

Hidup Bukan semata-mata Untuk hidup...
Hidup Untuk yang Maha Esa..

Mati Bukan untuk mati...
Tapi mati untuk hidup...



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Di mana Silapnya?

Benar kata Orang, seorang ibu atau bapa mampu menjaga ramai anak tetapi tidak semestinya budi baik itu dibalas anak mereka apabila dewasa kelak. Ungkapan itu menggambarkan fenomena membimbangkan anak masa kini. Ibu bapa yang meniti usia emas tidak lagi dijaga dan dipedulikan zuriat mereka. Malah ada anak yang berkemampuan dan hidup mewah tergamak menghantar ibu bapa mendiami rumah perlindungan orang tua.

Mengapa Trend ini berlaku??

Di mana silapnya hinggakan anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang dan perhatian tergamak mengabaikan ibu atau bapa apabila dewasa. 

Jumlah penghuni warga emas di rumah perlindungan meningkat saban hari, dengan peratus tertinggi bangsa MELAYU dan Beragama ISLAM.

Bayangkan kita sendiri seperti mereka, sudah pasti kehidupan diingini ialah bersama keluarga sehingga akhir hayat. Bukan kemewahan dan harta benda diharapkan, cuma tempat untuk menumpangkan kasih diidamkan oleh golongan ini...


p/s: Tolonglah..hargai lah mereka..Tanpa mereka, SIAPALAH kita..


::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)



tiP TOp tiP tOp

Assalamuallaikum w.r.t...

ErM..Dh lame tglkan blog ni, rase mcm dh kaku dh nk menaip blog..Pejam celik pejam celik..saya dah pun smbung study dekat KUALA LUMPUR..Bandaraya yang kecik tapi begitu padat dengan manusia..bermacam-macam orang yang saya jumpa..Memang betul 1MALAYSIA..hehe..nak dijadikan cerita sekarang ni..hanya tinggal dua minggu je lagi untuk kita menemui bulan ramadhan..lepas tu raya..sekejap je an..lepas tu raya haji, n then krismas..lpas tu plk..thun 2012...waAaAa! makin hari makin tua la...hik3...

Sekarang ni..sy berada dkt sni, so far alhmdulillah ok..Bak kata orang, "Hujan emas di negeri Orang, Hujan Batu Di negeri Sendiri"..ntah betul, ntah x..hehehe..tp memang xsame dengan tanah air senderi..terasa nk blik duk umh dengan pok & mok jew..tp apa kan daya, I have to study!Go n go..untuk dptkn segulung ijazah...Insyaallah..Mudah-mudahan ape yang saya impikan akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti..


This is a few my fRiends in cLass.. ;)
BSc (Hons) In Business Information Techology With Accounting at Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur

CaaaaiiyyyOok!!! (><)
::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)