I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Wednesday 30 March 2011

12 Sifat Sahabat~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
    (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah..

Sunday 27 March 2011

..Manusia Sering Diumpamakan Seperti Binatang..

1~ Seperti Lembu Dicucuk Hidung & Seperti Haruan Makan Anak (Si Ayah)

2~ Seperti Ayam Bertelur Sebiji, Riuh Sekampung & Kekadang Jadi Ibu Ayam (Si Ibu)

3~ Seperti Musang Berbulu Ayam (Si Abang)

4~ Kupu-Kupu Malam (Si Kakak)

5~ Kera Di Hutan Disusukan,.. Anak Dibuang, Mati Kelparan (Si Adik)



Oh...Keluargaku. . .
Sedar & Insaflah Sebelum Ajal Menimpa...

Sehina-Hina Manusia,
Apabila Dia Seperti Haiwan...
Semulia-mulia Manusia,
Apabila Dia Seperti Malaikat...

Wallahualam..

::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Saturday 26 March 2011

PeNgajaran Buat Diriku~

Assalamuallaikum w.r.t..

tip..Top..Tip..top..Nasi Dah jadi bubur..itu lah kata-kata yang selalu ku ingat..tAPi, semua tu berlaku dengan pantas..tanpa kita duga..ape Yang berlaku pada diri ini Ujian dariNYA yang sedang menguji HAMBAnya yang kerdil ini..pada 18 March 2011..Berlaku lah "EXCIDENT" iaitu pengalaman yang pertama kali dalam hidup ku bersama anak-anak buah..YA ALLAH, hanya Tuhan jew yang mengetahui perasaan ku ketika itu...

Panggilan anak-anak buah "Cik Nur"! ...DuM...!! habis...kereta kita kne langgar dh...cmne ni??Macam xnak keluar dah dari kereta tu...Rasa xnak tgk, tiba-tiba ade seorang lelaki datang, "Kak..Cmne ni kak?"...ape lagi..gelabah la semua nye...saya dengan keadaan yang xpernah mengalami ni semua tergamam..xth nk kata ape, tp still lagi boleh bercakap ble abg kepada budak y drive tu salah kan saya 100%..Geram plk..Die langgar kte, tp kte lak dpsalahkan sorg2...sedangkan si adik dh mengaku..same-same salah kan...

Tp alhamdulillah, tiada sape-sape yang cedera..hanya lah terkejut..Mungkin ape yang telah berlaku ni ade hikmahnye yang mane kite semua xtahu..Begitu besar ujian yang terpaksa saya lalui, Xpernah mengalami masalah sebesar ini sehingga melibatkan orang luar..

YA ALLAH, permudahkan lah perjalanan hidupku ini..ENGKAU berikan lah aku ruang untuk menebus segala kesilapan ku dahulu...& aku amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan MU YA TUHAN....Amin Ya Robballamin..


..Subhanallah..Hanya Engkau Mengatur & Mengetahui Perjalanan Hidupku di Dunia Mahupun Akhirat..

Monday 14 March 2011

Dosa Berkuku Panjang

Assalamuallaikum.. ;)

Malam-malam ni xboleh tidur lagi, so..saya ade la terbaca pasal dosa-dosa dalam satu artikel..Ape kata saya berkongsi bersama kawan-kawan untuk menambah kan lagi pengetahuan kita. Mungkin ade di luar sane xmengetahui nye lagi dan juga barangkali sudah ade yang mengetahuinye..Cerita Pasal DOSA BERKUKU PANJANG..

DiSini..Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda..

Janganlah simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.


Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah..




Note: Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
         Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
         berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri..Insyaallah.. ^^


::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Sunday 13 March 2011

9 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

1.    Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.    Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

3.    Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus  mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4.    Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

5.    Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6.    Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.


7.    Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8.    Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9.    Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona. 

Nota: ye ke? kaum adam sekalian... betul ke ni?





Thursday 10 March 2011

Belajar Bahasa Arab : Bulan2 Masihi

Bismillahirrahmanirrahim..
Insya Allah, hari ini kita akan belajar nama2 bulan Masihi iaitu Januari, Februari dan seterusnya dalam bahasa Arab..sy pon baru je belajar..nama dia unik sikit..tapi menarik.. ^^

  ينا ير
Yanayir = Januari

فبراير 
Fibrayir = Februari

مارس
Maris = Mac

ابريل
Abril = April

مايو
Mayu = Mei

يونيو
Yuniyu = Jun

يوليو
Yuliyu = Julai

اغسطس
Ughustus = Ogos

سبتمبر
Sibtambar = September

اكتوبر 
Uktubar = Oktober

نوفمبر
Nufimbar = November
ديسمبر
Disambar = Disember


ha??macam mane?best kan belajar Bahasa Arab..menarik.. ^^
ok..sampai sini dulu..Insya Allah sambung lain kali untuk perkataan yg len pulak..selamat belajar.. wSLm..

Bezanya Lelaki Dan Perempuan.

Assalamualaikum dan Ahlan wasahlan..=)

Hari ni saya nak share dengan awak-awak semua perbezaan 
antara lelaki dan perempuan. Ini melalui pembacaan saya lah. 
Kalau salah tolong betulkan, kalau ada yang nak kongsi 
pendapat silakan comment ye.. ;)

Jika kita lihat, lelaki dan perempuan memang banyak perbezaan. 
Yang pertama of cz la dari segi jantina kan. 
Allah menjadikan lelaki sembilan akal dan satu nafsu manakala 
perempuan pula sembilan nafsu dan satu akal.

Disini bukan nak kata perempuan tu kurang pandai or apa, 
cuma nak tunjuk ada perbezaan antara lelaki dan perempuan.
Generalnya lelaki dan perempuan ni berbeza tentang :

Pemikiran
Lelaki biasanya lebih tertumpu kepada aspek fizikal atau kebendaan.
Berbeza pula dengan perempuan, mereka lebih tertumpu
kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Sebab tu la orang 
perempuan ni mudah merajuk, terasa dan cepat bersimpati 
dan berkorban. Comel jerk perempuan ni kan?hehe..

Berkomunikasi
Orang lelaki biasanya akan memberi teguran apabila 
pasangannya keterlaluan. Contohnya pasangannya berpakaian 
menjolokkan mata baru ditegur. Tetapi perempuan ni suka akan 
perubahan pada diri dan pasangan. Contohnya kalau 
ada yang tak kena pasangan, cepat sangat nak tegur suruh 
berubah. Perempuan ni lebih berterus terang..=)

Tanggapan
Gerak hati perempuan lebih tajam berbanding lelaki.
So lelaki-lelaki diluar sana jangan cuba untuk bohong pada
perempuan ye!

Perasaan
Bagi lelaki, mengalah adalah tanda lemah dan tiada prinsip 
kukuh. Bagi perempuan pula, mengalah satu pengorbanan
dan tanda kasih sayang. Lelaki kan ego dia lebih dari perempuan.
So perempuan jangan mudah mecabar atau merendah-rendahkan lelaki.

Tindakan dan perbuatan
Orang perempuan kalau dia ada masaalah atau risau tentang 
something dia akan share masaalah dia pada orang lain, 
tapi lelaki dia lebih suka mendiamkan diri.

Emosi
Perempuan cepat marah, cemburu dan merajuk apabila 
imej dirinya menurun, tetapi lelaki lebih bersikap fleksibel. 
Orang kata lebih cool lah. Lagi satu, lelaki kalau marah
atau merajuk tak lama, tetapi perempuan selalunya 
berhari-hari, silap-silap berminggu.hehe..Bukan apa, 
perempuan nak diberi perhatian. Tu je..=)



::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

Tuesday 8 March 2011

~Apabila kita dah sayang org itu..~

Ble kite syg org tu
Kita gaduh ngn dia,kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia
Hati kate xpe, dia tension tuu
Ble kite syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org len
Ble jd cm2, xpe
Hti kata, xpe, ckp je,kwn dia,
kwn kite gak
Ble kite syg org tu
Kita bercerita dgn dia,
dia wat dunno je..
Tp ble dia bercerita ngn kita
Kita dgr,sepatah2 kite igt
Hti kata x pe, syg katakan…
Biler kiter syg org tu
Kita & dia lapar
Tp kite bg sume roti kita kat dia
Hati kata,ala jgalah hati dia,sian
dia lpar tu….

Ble kite syg org tu
Kite sgup bg dia rest ble dia letih,
Tp ble kita letih,dia suruh gak
kite lyn dia bila dia bosan.

Adil ker?

Hati kata,ala bkn slalu pun..
Ble kite syg org tu
Kita jdi macam org gile ble dgr dia sakit,
Tp bile kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia g meraikan
hri ksakitn kita,
Hti kata,ala x pe,xkn dia nk
b'kepit ngn kita 24 jam je

Ble kite syg org tu
Kita xpenah tipu2 & pntingkn diri sendiri
Tp dia menipu & hipokrit tahap gaban
Hti kata xpe,dia mmg cm2 kene lah trima..

Ble kite syg org tu
Kite syg nk tngglkn dia slama2nya..
Tp dia x tahu kite berdepan dgn maut,
Walaupn kite sakit,dia kate kat kite,
sakit bese2 je 2,jgn nk mngrut la
Hti kata,camane lah dia bile
kite xde,msti dia hepi kn

Ble kite syg org tu
Kite x sgup tgk dia derita even sket pn
Tp dia x pnh hrgai dri kite,
Hti kata,tau x btapa kita syg kn dia????
Ble kiter syg org tu
Kite sgup tngglkn dia selamanya utk dia bgia
Tp dia tahu x pngorbanan kite??
Hti kata,xpe,jnji insan yg di sygi bhgia

Dan………

Ble kite dh tngglkn dia slama2nye
Dia dtg ziarah pusara kite
Dia kata..

Dia mntk maaf sbb pnh mngata kite
Dia mntk maaf sbb pnh wat kite tgu dia
Dia mntk maaf sbb pnh paksa kita lyn dia time bsn
Dia mntk maaf sbb pnh heboh 1 dnia psal slh kite
Dia mntk maaf sbb pnh xhiraukn call kite
Dia mntk maaf sbb pnh xdgr luahan hti kite
Dia mntk maaf sbb pnh wat kite klprn sbb dia
Dia mntk maaf sbb pnh ggu wktu rht kite
Dia mntk maaf sbb x pnh hiraukn skit kite
Dia mntk maaf sbb pnh pntingkn dri dia sndri
Dia mntk maaf sbb x pnh tgk p'dritaan kite

Ble kite syg org tu
Kite wat semuanya kan?
Tp dia x prnh fhm kan?

Dan…………

Ble kite tglkn dia
Dia dtg pd kite & kata

Sorry…
Sorry??? slps lukakan hti kite?

Ble kite syg org tu
Kite kata xpe lah
Aku dh tngglkn dunia,
Moga dia bahagia tnpa kite..
tapi ada dia wt pape tuk kite?
ada dia hargai pe yg kita wt tuk dia...??
dia lagi bahgia dgn dunia & kwn2 dia..
Hti kata, xpe la..mengalah la demi insan t'syg..

Dan hati kite kata..
Xpe lh apapun yg dia wat
Kite ttp syg org tu…..

Kita sayang die untuk selamanye smpi bile2 pn..
ble kita ckp kita syg die lbey dri diri kita
die kata kita saje jer nak amik hti die..
pdhl die xtau kita mmg syg die cm nk mati..
nk wt smua utk die klu kita mampu..
selamanya...

~frensforever..~
khas buat sahabatku sekalian..~
~ahlynayunos~

Monday 7 March 2011

10 Tanda Jodoh Kita. . .~~ ^^

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya..