I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Sunday 21 August 2011

..Perempuan..


Assalamualaikum, dan salam Ukhwah..
Perkongsian hari ini tentang SAYA.Perempuan.Benarlah perempuan itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita..
Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.
Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.

Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdir-Nya.Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki.
Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.
Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).
Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.

Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati. Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.
Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.

Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.

Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.

Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^

...Bahagia Bukan milikku...


Tubuh di hadapan ku ditatap dengan penuh rasa kecewa.Wayar-wayar yang bersambungan langsung tidak membuahkan rasa kasihan.Yang ada hanyalah rasa benci yang membuak.
“Tara..” lamunan aku mati seperti perasaan yang mati sedari tahu yang Iqbal telah kahwin satu lagi.
“Sanggup abang buat Tara macam nie…Pedih!” lantas aku bersuara.Tadi sewaktu aku melawat isteri Iqbal yang satu lagi, hatiku bagaikan dirobek-robek.Mana mungkin aku tidak merasa sedih apabila melihat baju yang aku beli dengan rasa riang tersarung pada tubuh wanita yang aku sendiri tidak kenal.Baju itu sudah penuh dengan darah.
“Maafkan abang..Abang sayang Tara, begitu juga dengan Umairah!”
“Stop the nonsence, abang!Tara tak suka dimadukan.Abang kena ceraikan Tara!” ujarku lantas keluar dari wad.Mak Piah kelihatan tersedu-sedan di luar.Mak dan ayah aku muncul dua minit kemudian.
“Sayang apa dah jadi?” Dato Kamal bertanya lantas.Sebelahnya Datin Mirani juga mengangguk tanda ingin menanya soalan yang sama.
“Abang Iqbal kahwin satu lagi, ayah..Tara tak diberitahunya!”
“Apa?Iqbal kahwin satu lagi?” Datin Mirani bertanya lagi dengan nada terkejut.Wajah Mak Piah lantas dipandangnya tapi riak wajah yang ditunjukan oleh wanita tua itu mengundang rasa simpati kepada dirinya itu.Tidak sanggup rasanya untuk memarahi atas tindakan anaknya itu.
“Ayah..Tara mintak cerai dengan Abang Iqbal!”
Ayah lantas menoleh dan memberi reaksi kurang setuju dengan tindakanku.Tapi derita yang ditanggung hanya aku sahaja yang tahu.Aku tidak rela bermadu kasih dengan wanita lain.Aku tidak rela!Bahkan sejak kecil lagi aku tidak suka berkongsi barang mainan dengan kanak-kanak lain.Tabiat ini memang sukar ditegah lagi.
“Tara..Fikir baik-baik.Jangan nanti baru kamu nak menyesal” Dato Kamal lantas menasihati anak tunggalnya itu.
“Tara akan rasa menyesal kalau tak bercerai dengan Abang Iqbal!” ujar aku lalu pergi.Ayah dan ibu hanya memandang dengan rasa simpati, kerana mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
“Maafkan saya, Datuk dan Datin..Iqbal benar-benar mengecewakan saya” tiba-tiba Mak Piah bersuara.Suaranya agak serak dan sebak.Air mata yang masih bersisa dilap menggunakan hujung selendang.
“Ini bukan salah Mak Piah..Iqbal yang salah.Dia terlalu terburu-buru” Datin Mirani menjawab ringkas.Bahu Mak Piah diusapnya lembut.
“Saya tak tahu mendidik anak saya” Mak Piah sekali lagi menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku.Dato Kamal hanya mampu melihat sahaja tetapi hatinya benar-benar kecewa dengan apa yang telah berlaku pada kehidupan puteri tunggal yang disayanginya. Kini sudah hampir 3 bulan aku menjalani hidup sebagai janda.Gelaran yang amat sukar untuk diterima.Iqbal sudah memulakan kehidupannya yang serba baru bersama isteri baru.Aku hanya mampu merenung masa depan yang pasti kelam.Kehidupan perkahwinan yang diharapkan berkekalan akhirnya kecundang kerana orang ketiga.Telefon bimbit yang berbunyi mematikan lamunan aku yang agak singkat.
“Hello…!”
“Tara..Ini Mak Piah” suara wanita tua ini kelihatan sedang menangis.
“Tara sihat.Kenapa Mak Piah..Apa yang dah jadi?Kenapa suara Mak Piah lain?” tanya aku bertalu-talu.
“Thalia..” singkat sahaja jawapan dari Mak Piah.Baru sedar sudah mencecah 3 bulan juga Nathalia menghilangkan diri.Laporan kepada pihak polis juga sudah dibuat tetapi masih gagal dikesan.Zafran melepaskan tangan begitu sahaja dengan mengatakan bahawa sudah lebih 3 bulan mereka tidak ketemu bahkan juga mengatakan yang dia dengan Nathalia sudah pun putus.
“Kenapa dengan Thalia?Dah jumpa?”
“Dia mati!……” Mak Piah segera menghamburkan tangisan yang kuat.Aku agak terkejut dengan berita yang dibawa oleh Mak Piah.Nathalia mati?Kenapa?Bermacam persoalan singgah ke benakku yang sedia kusut.
“Macam mana?”
“Zafran..Dia bunuh..Mayat Thalia dibuang dalam tangki najis, Tara..Mak Piah sedih mengenangkan penderitaan arwah sebelum pergi” sekali lagi esakan Mak Piah kedengaran.Hatiku tak habis-habis menyumpah Zafran.Tegar sekali dia melakukan perkara sebegini dengan Nathalia, gadis yang benar-benar tulus mencintainya.
“Mak Piah jangan sedih.Allah pasti akan membalas perbuatan Zafran.Kalau bukan di dunia tapi di akhirat Zafran tidak akan terlepas..” ujarku lagi.Hatiku juga sebak yang amat mengenangkan pemergian Nathalia yang penuh dengan tragis.Nathalia dahulu memang agak rapat dengannya memandangkan dia satu-satunya naka tunggal perempuan dalam keluarga mereka.Selain dirinya Imtias juga merupakan tempat dia meluahkan perasaannya memandang Iqbal merupakan orang yang gaka tegas dan tidak terlalu rapat dengan Nathalia.
“Mak Piah sekejap lagi Tara pergi sana..” akhirnya aku memutuskan untuk ke sana biarpun luka lama masih lagi terasa pedih.Apatah lagi akan berhadapan dengan Iqbal dan isteri barunya.
Aku agak kaget melihat orang ramai yang mengerumuni rumah Mak Piah.Esakan orang ramai juga menjadi halwa telingaku.Aku lantas mengorak langkah masuk ke dalam rumah dan duduk di samping Mak Piah yang masih lagi tersedu-sedan.
“Mak Piah…” panggilku lembut.Orang tua itu lantas menoleh dan mendakapku kemas.Aku juga turut sama membalas dakapannya.
“Tara datang juga akhirnya..Tara Mak Piah sedih!”
“Jangan menangisi orang yang dah pergi..Berdosa!” jawabku lagi sambil membelai belakang badan Mak Piah supaya meresa lebih tenang.Namun gagal kerana Mak Piah masih lagi dengan tangisnya.
“Sabar Mak Piah..Mana jenazah Nathalia?” tanya aku apabila melihat ruang tamu kosong.
“Dah dikebumikan..Kau tahu sendirikan dibuang dalam tangki najis..Sebab tue Mak Piah suruh kebumi cepat-cepat”
Hatiku melonjak rasa kesal apabila tidak dapat melihat wajah Nathalia buat kali terakhir.Imtias dari jauh kelihatan menangis juga,Hati lelakinya mungkin tidak sekuat Iqbal yang bersahaja.Isterinya hanya duduk bersebelahannya tanpa sebarang reaksi sedih.Aku lantas bangun dan menuju ke arah Imtias.
“Sabar Im..Kalau Im tak kuat macam mana Mak Piah nak mengharungi ini semua?..”
“Kak..Terima kasih kerana datang.Im tak boleh terima dengan keadaan Nathalia sebelum pergi!” jawab Imtias mengesat air matanya.
“Boleh kak tahu kenapa Zafran buat macam nie?” tanyaku ingin tahu perkara dengan lebih lanjut.Imtias mengambil nafas yang panjang sebelum bersuara.Sebelum itu satu keluhan juga dilepaskan olehnya.
“Dia kata Thalia sering ganggu dia.Thalia akan cari dia di kolej, rumah dan mana-mana sahaja dia pergi..Zafran merasa rimas, sebab tue dia terus hapuskan Thalia” jawab Imtias seringkas yang mungkin.
“InsyaAllah, semua akan berpihak pada kebenaran.Jangan risau!” pujukku lagi.
Kini sudah setahun pemergian Nathalia dah hampir setahun lebih jugak aku hidup bersendirian.Emak dan ayah sudah puas memujukku untuk menikah yang satu lagi tapi aku lantas menolak dengan alasan luka semalam masih lagi berdarah.Kini aku bekerja di sebuah syarikat pengiklanan berhampiran dengan Batu Maung.Ayah menawarkan aku posisi di syarikat tetapi aku enggang kerana tidak mahu hidup bersangku paut dengan syarikat walaupun aku akur selepas pemergian ayah nanti pasti aku yang terpaksa menjalankan segala urusan syarikat.
“Tara, file semalam dah habis edit ker?Besok nak kena siar dah..?” tanya Nadia selaku Ketua Editor tempatku bekerja.Lamunan yang jauh terhenti dan soalan Nadia dijawabku dengan sengihan dahulu.
“Sudah..Sekarang file tue ada kat Delya.Dia kata nak fotostat buat simpanan syarikat” jawabku sambil mata memandang ke arah komputer melihat jenis-jenis file yang masih belum lagi siap.
“Okey, aku pergi ambik kat dia.Oit, dengar kata ada orang baru masuk company kita..Dia akan ganti bos kita yang nak pergi Hawai..Tadi aku terserempak dengan dia.Handsome doh!Pergilah ngorat!” sakat Nadia sambil tersengih.
“Aik nak suruh perigi cari timba ke?Tak malu ker?” aku pula menyoal Nadia kembali.Nadia merengus kasar tanda gurauan lalu bergerak pergi.Aku tersenyum sendiri sambil fikiran melayang ke Iqbal.Apa agaknya sedang dilakukan oleh bekas suaminya itu.Bahagiakah dia?!
Aku hairan apabila melihat kereta Iqbal tersadai di hadapn rumahku.Apa yang dah jadi?Mak Piah sakit ke?Atau ada sesuatu yang terjadi pada Imtias..Hatiku berkira-kira tentang alasan kedatangan Iqbal.
“Assalamualaikum!” ujarku sambil pergi menyalami mak dan ayah.
“Walaikumsalam..” jawab semua isi rumah.Iqbal memandangku dari atas hingga ke bawah sebelum tunduk kembali ke bawah.
“Apa hal Iqbal datang sini?Ada apa-apa masalah ker?” aku lantas bertanya.Mak dan ayah ternyata kurang senang dengan pertanyaan aku.Mereka menjeling ke arahku sebagai isyarat.
“Tara, Iqbal nak rujuk kembali!” ujar Datin Marini menggantikan Iqbal yang seolah-olah takut untuk berkata-kata.Aku terkejut besar dengan kata-kata emak.Aku mengerling sekilas ke arah Iqbal.Ternyata Iqbal terdiam sepi.
“Mana mungkin?Iqbal kan dah kahwin lain..” jawabku.
“Dia dah ceraikan isteri keduanya itu..Isteri kedua dia itu belum habis tempoh edah masa menikah dengan Iqbal.Oleh itu Iqbal mengambil keputusan untuk bercerai kerana tidak suka dikhianati..” ujar Dato Kamal bersahaja.Datin Miran juga begitu.
“Tak nak..Tara tak nak rujuk balik!” aku berkata agak tegas.Senang-senang melepaskan talak kini nak rujuk kembali.Apa Iqbal ingat aku nie boneka ke?Senang-senang nak diperbodohkan.
“Tara..Ayah nak kau terima lamaran ini.Kan suami kau dah insaf!” pujuk Dato Kamal.Aku melepaskan rengusan kasar.
“Bekas suami ayah..Iqbal bukan suami Tara lagi” pintas aku sambil menguis-nguis karpet yang dibeli dari turki itu.
“Tara bagi Iqbal peluang terakhir untuk betulkan kesilapan lalu..”Iqbal mula bersuara memohon simpati.Aku terkedu!
Mak Piah kelihatan di dapur menyediakan apa yang patut.Aku yang baru saja membersihkan rumah melepaskan lelah dengan duduk di sofa.Aku lantas mengelap peluh yang tepercik keluar.
“Penat nampak menantu Mak Piah nie..” Mak Piah menuju ke arahku dengan membawa segelas jus oren.Aku tersenyum.Kini aku kembali bergelar menantu kepada Mak Piah dan isteri kepada Iqbal buat kali kedua.Penerimaan lamaran ini lebih kepada simpati kepada Iqbal yang sering kali merayu kepadanya.
“Tak lah penat sangat..” jawabku ringkas.
“Orang mengandung memang kena banyak bekerja..Baru senang nak bersalin” Mak Piah mula berceramah.Bunyi telefon menganggu perbualan kami berdua.Aku lantas bangun dan menyambut telefon.
“Apa!” aku menjerit terkejut apabila mendengar kata-kata dari corong telefon.Mak Piah terkejut dan selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi.
Hampir 5 jam lamanya aku pengsan sebelum sedar lewat malam semalam.Semalam mencatat kenangan paling pahit dalam hidupku.Aku bagaikan hilang segala-galanya dalam sekelip mata dan pantas sekali.Sekarang aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan dua insan yang aku sayangi.
“Mak Piah, kenapa cepat sangat mereka pergi..” ujarku dengan nada sebak.
“Sabar Tara!Jangan diingatkan lagi tentang orang yang telah pergi” Mak Piah memujuk.
Aku kembali terkenang peristiwa dua hari yang lepas.Aku mendapat panggilan yang Iqbal kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.Aku jatuh pengsan!Gara-gara aku jatuh, aku keguguran..Iqbal pergi bersama anak yang dikandung olehku.Sedih memang amat sangat.Aku merasa kebahagian sudah tersurat bukan untukku.Kekecewaan dan derita sahaja mewarnai kehidupanku.Kesunyian ketika bergelar janda kembali menghambat kehidupanku..