I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Sunday 21 August 2011

Usah Mengeluh, Berdoalah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lama benar rasanya tidakku tintakan hatiku berbicara di sini. Sering kali kita mendengar status-status seperti berikut di dada-dada news di facebook,..
"penatnya"
"hati gundah gulana"
"kenapa jadi cam ni, ya Allah"
"laparlah"
"susahnya assignment ni"
Kadang-kala diri ini juga turut sama berada dalam kalangan mereka. Aku mengeluh. Mengeluh dengan aturan Allah yang telah Dia tetapkan. Namun aku berfikir,
"Apakah kesudahannya jika aku mengeluh? Adakah ia menyelesaikan masalah? Hatta aku marah Allah sekalipun, jika Dia tidak berkata 'Kun Fayakun' untuk selesaikan masalah aku, mana mungkin masalah atau keluhanku akan selesai kerana aku hanyalah hamba-Nya atau dalam bahasa kasarnya aku hanyalah kuli-Nya. Wajar sahaja aku akur dan tunduk menerima dan bersabar dengan apa sahaja ketentuan-Nya padaku sebagai hamba-Nya"
Kita sering sahaja utamakan selain Allah apabila kita mempunyai masalah yang sepatutnya kita mengadu pada-Nya terlebih dahulu sebelum kita mengadu pada sahabat kita. Bagaimana? Berdoalah. Berdoalah pada-Nya agar Dia permudahkanmu agar dapat menyelesaikan masalah atau keluhanmu hatta keluhanmu itu sekecil zarah sekalipun. Allah itu sentiasa setia menunggu hamba-Nya yang mahu berdoa pada-Nya.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Surah Al-Baqarah 2:186
Allah sendiri berfirman agar kita berdoa kepada-Nya dan malanglah bagi orang yang sombong untuk berdoa kepada-Nya.
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina". (Surah Ghafir ayat 60)
Oleh sebab itu, adalah lebih baik jika kita berdoa kepada-Nya berbanding kita mengeluh. Lebih banyak manfaatnya berbanding kita mengeluh seolah-olah kita menyalah Allah dalam aturan-Nya. Dia itu Maha Pencipta, Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tidak akan tentukan sesuatu untuk kita maka berdoala kepada-Nya agar dapat menemui penyelesaian dalam apa juga masalah, dugaan dan ujian kita.
Wallahu alam.. ><


p/s: same-same lah kita mengambil iktibar... =)

No comments:

Post a Comment