I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Sunday, 17 July 2011

Di mana Silapnya?

Benar kata Orang, seorang ibu atau bapa mampu menjaga ramai anak tetapi tidak semestinya budi baik itu dibalas anak mereka apabila dewasa kelak. Ungkapan itu menggambarkan fenomena membimbangkan anak masa kini. Ibu bapa yang meniti usia emas tidak lagi dijaga dan dipedulikan zuriat mereka. Malah ada anak yang berkemampuan dan hidup mewah tergamak menghantar ibu bapa mendiami rumah perlindungan orang tua.

Mengapa Trend ini berlaku??

Di mana silapnya hinggakan anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang dan perhatian tergamak mengabaikan ibu atau bapa apabila dewasa. 

Jumlah penghuni warga emas di rumah perlindungan meningkat saban hari, dengan peratus tertinggi bangsa MELAYU dan Beragama ISLAM.

Bayangkan kita sendiri seperti mereka, sudah pasti kehidupan diingini ialah bersama keluarga sehingga akhir hayat. Bukan kemewahan dan harta benda diharapkan, cuma tempat untuk menumpangkan kasih diidamkan oleh golongan ini...


p/s: Tolonglah..hargai lah mereka..Tanpa mereka, SIAPALAH kita..


::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)



No comments:

Post a Comment