I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Monday 25 July 2011

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


         Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam sebelum untuk tidur. Setiap hari, saya akan membuka bolg ini untuk update ape yang saya rasa nak share dengan kamu semua..Biasanya, setiap hari ade kelas, saya akan ke kelas dengan berjalan kaki dari kondominium ini sehinggalah ke kolej. Laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan ramai wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Mungkin saya juga ade kesilapannya, sama-samalah kita membetulkan kesilapan itu sementara kesempatan untuk membaikinya masih ade..
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ? Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

> Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali...huhu..ape yang saya berkongsi ini adalah untuk pengetahuan sahaja, tidaklah untuk mengaibkan sesiapa..harap dimaafkan jika apa yang saya nyatakan ini ade yang tersilap..Apa yang baik datangnya dari NYA, apa yang kurang baik datangnya dari kesilapan diri sendiri..Selamat Malam.. ><
::AHLYNAYUNOS:):: ::MAR'ATULSUFIYYAH(^_^)

No comments:

Post a Comment