I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Wednesday 7 September 2011

Bila Semua Sudah Terbalik


Dari jauh kedengaran suara perbualan, dia ni mahasiswa, ambil master di luar Negara. Mesti mahal hantaran. Ye la, belajar luar negeri je dah mahal. Padahal luar negeri tu setakat Indonesia atau Singapura. Bukan jauh mana pun. Tapi dah bubuh awal-awal hantaran anak kita mesti mahal.
Rata-rata masyarakat sekarang dah mempunyai pemikiran sebegini.
“ Bakal menantu awak kerja apa?”
“ Kerja sendiri.”
“ Besar ke gaji menantu awak? Nak sara anak awak?”
“ …..” diam tidak terjawab.
Saya buat artikel ini sebab tidak lama lagi saya pun akan menamatkan zaman bujang saya. Mungkin tahun ini atau mungkin tahun hadapan.
Yang Bujang Senang, Bujang Tidak Senang, Dan Bujang Terlajak.
Sebenarnya tadi malam saya bersama-sama ikhwah saya, Razy, Amsyar (Seorang guru kimia), Aminudin (bakal jurutera), duduk di sekitar dataran Batu Pahat, berbincang soal kahwin dan hantaran yang tinggi melambung. Seorang ikhwah saya ada bercakap macam ni.
“ Kalau hantaran je dah cecah RM20,000-RM 30000, baik aku beli rumah dari aku kahwin. Ini baru kos kat rumah perempuan. Belum lagi kat rumah lelaki.”
Amsyar membalas:
“ Sebab sekarang ni orang fikirkan adat dan budaya. Ok, kalau nak kompang, kena bayar, nak pelamin, kena bayar, senang cakap nak semua kena bayar. Sampai orang fikir nak kahwin pun susah. Zaman-zaman dulu bolehlah semuanya free je.”
“ Itu tak pe lagi syar, habis cuba kau bayangkan kalau orang tu nak kahwin, tapi ibu bapa perempuan tak setuju. Tu yang nanti tiba-tiba buncit.”
Bila dah masuk bab buncit ni, saya terfikir. Bukankah Melaka ada buat sekolah untuk pelajar-pelajar terlanjur? Kenapa di buatnya sekolah sebegini? Kenapa tidak di berikan bantuan atau dana kepada mereka yang ingin berkahwin?
Tapi bila saatnya seorang lelaki melafazkan :
"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.." Bunyi macam senang? Nah ini ertinya :)

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dibuat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."
Tapi bila di fikirkan balik kenapa harga hantaran mahal. Sebab kos mahal, harga barang makanan mahal. Semua makin naik. Bila si lelaki bagi hantaran murah, RM1 ribu sahaja, ada yang mula cakap-cakap belakang. “ Itu mesti dah mengandung.” Mentaliti masyarakat.
Harta Menjadi Ukuran Semuanya Tidak Kemana
Sudah menjadi kebiasaan apabila membincangkan soal menantu yang menjadikan kereta yang dipakai sebagai ukuran. Di canang ke sana sini, bahawa menantu mereka mempunyai kereta mewah. Bahkan ada yang tidak segan silu membanding-bandingkan kereta anak menantu mereka dengan menantu orang lain. Saya juga pernah dibandingkan dengan anak-anak jiran dalam soal begini.
            Jawapan diberikan oleh saya mudah, Saya tidak berkemampuan. Sememangnya tidak mampu dari sudut kewangan kerana masih banyak tanggungjawab yang harus ditunaikan. Hasrat untuk memiliki rumah sendiri dan menggenggam ijazah sarjana membuatkan saya lebih berhati-hati didalam mengatur perbelanjaan. Berusaha mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung aktiviti dakwah yang dijalankan.
Tingginya Martabat Wanita Di Sisi Agama
Islam sendiri telah mengangkat martabat wanita itu sungguh tinggi di sisi Islam. Nilai seorang muslimah tidak dapat di nilai dengan wang ringgit yang melampau tinggi hantarannya. Tetapi yang Islam sarankan adalah mahar untuk kaum muslimah.
Maksud firman Allah Taala di dlm Surah An Nisa ayat ke-4
" Berikan lah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib jika mereka suka hatinya berikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya ,maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian ( halal) itu sebagai nikmat yg lazat lagi baik kesudahannya 
Maksud sabda Nabi s.a.w
" Drp Sahal bin Said r.a berkata ,sabda rasulallah s.a.w Lihatlah mahar walaupun sebentuk cincin besi " riwayat : Al Bukhari
Islam tidak menetapkan kadar mahar yg wajib diberikan oleh suami kepada isterinya .Terpulang kepada kemampuan suami . Perbincangan dan saling bertolak ansur di antara kedua-dua pihak dalam menetapkan mahar yang rendah dan berpatutan adalah satu perkara yg baik dan digalakkan 
Islam juga tidak menetapkan bentuk mahar yg wajib diberikan itu ,Mahar boleh saja dlm bentuk nilai wang ( seperti di negara kita , mahar telah ditetapkan oleh pihak yg berwajib contoh mahar bagi perempuan yang belum berkahwin sebanyak RM 80.00).mahar juga boleh saja dalam bentuk cincin ,anting-anting ,kereta ,mengajar ilmu , pekerjaan , asalkan mahar itu memberi manfaat kepada isteri. 
Jangan salah faham ,mahar (mas kahwin) tidak serupa dengan wang hantaran , mahar tidak serupa dengan barang - barang hantaran ,mahar tidak serupa "dengan serba satu ". Mahar adalah wajib dan selain itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak utk menentukan apa yg menjadi " tambah nilai " dan hukum " tambah nilai " itu adalah harus . 
Bersederhanalah Dalam Membuat Sesuatu
Kepada mereka yang ingin mendirikan rumahtangga selepas ini. Bersederhanalah dalam membuat sesuatu. Janganlah kamu bermegah-megah dan berlagak sombong dengan melakukan majlis yang besar. Masyhur di mata manusia, tetapi di pandangan Allah tiada nilai..


Insyaallah.. ^^v

No comments:

Post a Comment