I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gomenasai Anime Smiley

Tuesday 20 September 2011

..Wahai Pasangan Kekasih..


Renungan ini ditujukan buat pasangan kekasih yang tanpa ikatan yang halal. moga ianya menerbitkan keinsafan dan meneguhkan keimanan. moga Allah redha =)
Wahai pasangan kekasih,
usahlah bazirkan airmata,andainya putus cinta sesama insan,
kerana setiap titis airmata yang mengalir adalah sia-sia,
sebaliknya bazirkan airmata,andai putus cinta dengan Ilahi,
menangislah sepuas-puasnya,mohonlah keampunanNYA,
kerana airmata yang mengalir memohon keampunan Ilahi ,
adalah lebih berharga,lebih bernilai dari emas permata.
Wahai pasangan kekasih,
Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum,
Wah!hebatnya peribahasa melayu,peribahasa yang paling popular,
Betul juga ya,peribahasa ini,tak disangkal lagi,
Bersepah-sepah kumbang yang berterbangan,dimuka bumi ini,
Begitu juga dengan bunga yang mekar di taman larangan,
Mekar dengan berbagai haruman,
Indah sungguh ciptaan Ilahi.
Wahai pasangan kekasih,
Sebagai hamba Allah,
Renungilah firman Allah yang bermaksud:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (AL-BAQARAH AYAT:216)
Wahai pasangan kekasih,
Fahami dan renungilah ayat tersebut,
Bahawasanya sesuatu yang disukai,
Belum tentu membawa kebaikan pada diri sendiri,
Bahawasanya sesuatu yang dibenci,
Belum tentu memudaratkan diri sendiri.
Bahawasanya cinta sesama insan,
Tidak akan kekal hingga akhirnya,
Bahawasanya cinta kepada Allah,
Adalah cinta abadi,cinta yang kekal abadi selamanya.
Wahai pasangan kekasih,
Putus cinta sesama insan,
Tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri,
Kenapa dibebani fikiran,,hati dan jiwa,
Dengan masalah yang remeh-temeh ini,
Kenapa tak lapangkan fikiran dengan mengingati Allah yang satu,
Kenapa tak hiasi hati dengan zikrullah,
Kenapa tak tenangkan jiwa dengan bersolat dan berdoa,
Tenteramkan jiwa dengan alunan merdu,
ayat-ayat suci Al-Quran,
sedangkan tahu itulah yang terbaik,
kenapa diikutkan rasa hati,
Kenapa dan kenapa.
Wahai pasangan kekasih,
Lupakah pada pesanan:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika”.
Wahai pasangan kekasih,
Benarlah kata pujangga:
“Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak akan terkejut apabila bunuh diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya”.
Wahai pasangan kekasih,
Yakinlah pada ketentuan,
Yang Maha Esa,
Pasrah segalanya,
Sudah tertulis milik siapakah anda,
Di LOHMAHFUZ,
Cuma anda tak tahu,
Siapakah jodoh anda,
Yang tersirat dan tersurat,
Hanya Allah Maha Mengetahui.


Waallahualam.. ^^

No comments:

Post a Comment